Pemain bintang Atletico Madrid, Saul Niguez, menegaskan dia gembira berada di kelab itu, namun mahu mendapat bayaran yang lebih tinggi bagi membantu ahli keluarganya susulan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.
Saul telah dikaitkan dengan Barcelona serta gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, selepas mempamerkan aksi mantap bersama Atletico dan skuad bawah 21 tahun Sepanyol ketika ini.
Antara pemain tunjang dalam kesebelasan utama Diego Simeone, pemain tengah berusia 22 tahun itu setakat ini telah menyumbat lima gol di Poland, termasuk jaringan hatrik ketika berdepan Itali dalam separuh akhir Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun.
Saul -- yang dikhabarkan akan menjadi pembelian alternatif buat Barcelona seandainya mereka gagal mendapatkan Marco Veratti daripada Paris Saint-Germain (PSG) -- tidak bercadang untuk meninggalkan kota Madrid tetapi mahukan pembaharuan kontrak.
"Saya gembira bersama Atletico tetapi semua pemain mahukan bayaran yang lebih baik bagi membantu meringankan beban keluarga," ujarnya.
"Saya tidak mahu berhijrah. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan Diego Simeone," tambahnya.
Saul menjaringkan empat gol dalam 33 penampilan dalam LaLiga, dengan Atletico menamatkan saingan di tempat ketiga.