Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, menegaskan Saul Niguez akan kekal di kelab itu, namun enggan menafikan laporan mengenai Zlatan Ibrahimovic.
Saul dikhabarkan menarik minat Barcelona seandainya mereka gagal memikat pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Marco Veratti.
Pemain berusia 22 tahun itu -- yang meledak hatrik dalam separuh akhir Euro Bawah 21 Tahun kelmarin -- tidak berniat untuk meninggalkan Atletico.
"Saul seorang pemain yang hebat dan terikat dengan kontrak jangka masa panjang di Atletico," ujar Cerezo.
"Adakah kamu akan mengajukan soalan sama setiap hujung musim? Silakan.
"Saya tidak rasa dia ada mencapai persetujuan dengan mana-mana pasukan. Saul kekal seorang pemain Atletico, dia tidak akan berganjak."
Atletico menempuh musim yang sukar, dengan skuad kendalian Diego Simeone itu tidak dibenarkan mendaftar muka baharu sehingga Januari tahun depan selepas melanggar polisi perpindahan pemain luar Sepanyol di bawah usia 18 tahun.
Bagaimanapun, Atletico tetap dikaitkan dengan Diego Costa dan Ibrahimovic.
Ibrahimovic -- yang ketika ini menjalani rawatan susulan kecederaan lutut serius sejak April lalu -- akan meninggalkan Manchester United selepas kelab itu enggan menawarkan kontrak baru.
Ditanya tentang pemain berusia 35 tahun itu, Cerezo berkata:"Kami telah menghubungi ahli keluarganya tetapi bukan Ibrahimovic.
"Saya tidak rasa dia akan sertai kami pada Januari."
Bekas penyerang Barcelona dan PSG itu meledak 28 gol dalam semua kejohanan bagi membantu United menjulang Piala EFL dan trofi Liga Europa musim lalu.