Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan puji kualiti import baru Felda

felda-020717.jpg
Jurulatih Felda United, B. Sathianathan, mengakui kehadiran tiga pemain import baru, Thiago Augusto Fernandes, Ifedayo Omosuyi dan Dino Djulbic, berjaya memberi impak berbeza buat pasukannya untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Pahang, semalam.  

"Ketiga-tiga import baru kami memainkan peranan yang penting, begitu juga dengan Zah Rahan (Krangar).

"Nampak perbezaannya apabila kami mempunyai pemain berkualiti, kami mampu pergi jauh," katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai insiden kad merah ke atas pemainnya, Zah Rahan, sejurus tamat perlawanan Liga Super dengan Pahang itu, Sathianathan berkata: "Saya perlu melihat rakaman perlawanan itu dahulu. Saya tidak boleh membuat andaian sama ada pengadil membuat kesilapan atau tidak. 

"Saya tidak pasti."

Dalam perlawanan itu, Tok Gajah garang mendahului seawal minit pertama menerusi Mohamadou Sumareh, namun pantas diikat skuad Felda hasil sentuhan Omosuyi, berselang empat minit. 

Fernandes kemudian muncul wira apabila menyumbat gol kemenangan The Fighters, dua minit sebelum wisel penamat. 


 

Advertisement

Must Watch Video