Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan belum puas hati dengan aksi Felda

sathia10218.jpg
Jurulatih Felda United, B. Sathianathan, enggan mendabik dada dengan rekod bersih dalam dua perlawanan kerana berasa masih ada kelemahan yang perlu diatasi pasukannya.

Felda kini meraih enam mata selepas dua perlawanan Liga Perdana, namun Sathianathan masih tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi skuadnya.

Kerisauannya adalah kerana pasukannya tetap dibolosi tiga gol dalam dua perlawanan itu.

"Kami mempunyai enam mata tetapi kami tidak yakin kerana kami dibolosi tiga kali daripada dua perlawanan menerusi set piece.

"Kalau kami melepaskan gol menerusi set piece menentang Pulau Pinang, memang ia merugikan," katanya.

Felda akan turun dalam aksi ketiga Liga Perdana berdepan Pulau Pinang di Stadium Tun Abdul Razak pada Isnin ini dan Sathianathan mengharapkan benteng pasukannya tampil lebih ampuh.

Dalam pada itu, penyerang Felda, Thiago Augusto Fernandes, sedang beransur pulih daripada kecederaan hamstringnya.

Pemain kelahiran Brazil itu yakin dia sempat pulih berdepan berdepan Pulau Pinang nanti.

"Kini saya sudah pulih sepenuhnya dan saya tidak sabar untuk beraksi menentang Pulau Pinang. Selepas dua minggu saya berehat, kini saya sudah kembali," kata Fernandes.
 

Advertisement

Must Watch Video