Skip to main content

Bola Sepak

Sarri tempelak teguran presiden Napoli

sarri-not-sorry-napoli-boss-responds-after-de-laurentiis-slams-performance.jpg

Maurizio Sarri menempelak teguran presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, ketika kemarahan daripada kekalahan 3-1 kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi, masih berbahang.

Lorenzo Insigne membuka tirai jaringan di Santiago Bernabeu selepas hanya lapan minit tapi gol-gol Karim Benzema, Toni Kroos dan Casemiro memberikan juara bertahan itu kelebihan selesa dalam pertemuan pertama pusingan 16 itu.

Advertisement

De Laurentiis menyelar pemain-pemain Napoli selepas perlawanan itu kerana kekurangan semangat melawan di samping seakan-seakan mempersoalkan susunan Sarri, yang mendahulukan Dries Mertens sekali lagi berbanding penyerang, Arkadiusz Milik, yang baru kembali daripada kecederaan lutut serius.

Sarri mengakui bahawa pasukannya terhukum kerana lemah dalam penguasaan tapi meminta De Laurentiis bersemuka dengannya berhubung sebarang pemilihan pasukan.

“Saya berada di padang latihan setiap hari dan sayalah yang menentukan pemilihan pemain,” katanya dalam siding akhbar. “Presiden boleh meluahkan ideanya tapi saya lebih gemar jika dia bercakap terus dengan saya tapi kesudahannya, saya yang membuat keputusan.

“Kami meletakkan Milik di bangku pemain simpanan kerana kami tahu keadaannya, dia tidak mampu beraksi lebih daripada 10 atau 11 minit kerana dalam tempoh sesingkat itu, dia mampu memberikan kami sesuatu. Kenapa perlu lakukan eksperimen? Kami boleh kalah 5-0 dengan cara itu.

"Jika kami melakukan terlalu banyak kesilapan, adalah sukar untuk bersikap berani.

“Anda tidak boleh berharap untuk memberi masalah kepada Real Madrid jika anda kehilangan bola 20 atau 30 kali dalam kawasan anda sendiri. Pada saya, ia akan kelihatan lebih sebagai masalah teknikal daripada sikap.

“Orang bercakap seolah-olah kami mengharungi satu perlawanan yang teruk sedangkan ia tidak begitu. Kami harus mampu bermain dengan lebih baik tapi Real Madrid juga mendapat kurang peluang berbanding kebiasaan mereka.”

Walaupun keputusan ini menyukarkan peluang Napoli ke suku akhir, Sarri percaya pasukannya masih mampu memberikan masalah jika mereka mengumpamakan perlawanan timbal balik nanti seperti final.

“Perkara terpenting ialah pasukan ini percaya ia mampu melakukannya. San Paolo akan menjadi umpama satu kebakaran besar. Harus sukar untuk membendung serangan lawan tapi mereka juga tidak akan mendapatinya mudah.”

 

Must Watch Video