Skip to main content

Bola Sepak

Sarri sasar 100 mata apabila Napoli kukuhkan penguasan Serie A

maurizio-sarri_1x3v2i17h6yj11nk5w8470q4wl.jpg
NAPOLI 5 CAGLIARI 0 

Jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, menyasarkan 100 mata Serie A untuk pasukannya selepas meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Cagliari di Sardegna Arena, awal pagi tadi, bagi mengukuhkan kedudukan mereka di puncak carta.


Dengan perlawanan Juventus di laman sendiri menentang Atalanta ditunda pada Isnin ini, Napoli mara empat mata mengatasi juara Itali itu dengan membenam Cagliari.

Marek Hamsik menjaringkan gol ke-99 Serie A untuk Napoli, dengan Jose Callejon, Dries Mertens, Lorenzo Insigne dan Mario Rui turut menemui jaring.

Napoli belum memenangi Scudetto sejak 1990 tetapi Sarri percaya pasukannya -- yang memenangi 10 perlawanan Serie A berturut-turut -- perlu mengekalkan prestasi hebat mereka bagi mengalahkan Juventus.

"Di mana untuk memperbaiki permainan yang cantik itu?" soal Sarri kepada Premium Sport. "Sudah pasti kami akan mencari beberapa pergerakan untuk diperbaiki walaupun dalam perlawanan seperti ini, ia seperti sudah sempurna. Selalu ada sesuatu yang perlu diperbaiki.

"Seorang peminat Juventus berkata kami akan memenangi Scudetto kerana kami layak. Saya berharap dia betul tetapi jangan lupa bahawa skuad Bianconeri adalah pasukan sangat kuat, yang mempunyai banyak sumber.

"Saya berharap dapat mencapai 100 mata tetapi bagi kami, ia akan berliku: kami tidak pasti kami boleh sampai ke sana."

Penangguhan pertembungan Juve dengan Atalanta disebabkan hujan salji lebat di Turin, memaksa pasukan Massimiliano Allegri itu berdepan jadual yang semakin sibuk -- Bianconeri masih dalam Liga Juara-Juara dan menghadapi Atalanta dalam separuh akhir Coppa Italia minggu ini.

Tetapi Sarri -- yang memerlukan 10 kemenangan dan satu seri daripada baki 12 perlawanan untuk mencapai 100 mata -- tidak percaya masa perlawanan akan memberikan kesan besar kepada skuad bagi meraih gelaran pada akhir musim.

"Mereka semua mengatakan bahawa bermain sebelum ini bukan satu kelebihan, dan jika ia bukan untuk mereka, ia bukan untuk kami," kata Sarri.

"Saya kata sesuatu secara matematik, Juventus selalu menang dan bermain sebelum kami, memberi tekanan kepada kami.

"Kes ini dipakai pada perkara ini, anda bermain apabila anda perlu bermain dan itu sahaja," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video