Skip to main content

Bola Sepak

Sarri: Napoli tidak akan ubah pendekatan jumpa Juve

maurizio-sarri-cropped_8tsfgox6p2ih1scnu630axxd9-(1).jpg
NAPOLI 4 UDINESE 2

Maurizio Sarri bertekad untuk memastikan Napoli tidak tunduk kepada tekanan perebutan Scudetto yang kembali terbuka apabila mereka berdepan Juventus di Turin, awal pagi Isnin ini.


Napoli -- yang berada di tangga kedua dalam Serie A -- menutup jurang kepada empat mata dengan kemenangan 4-2 ke atas Udinese awal pagi tadi, dengan memanfaatkan keputusan seri 1-1 peneraju, Juventus, di Crotone.

Skuad Sarri itu berada dalam situasi bahaya terlepas peluang kemenangan di Stadium San Paolo apabila gol Lorenzo Insigne dalam masa kecederaan babak pertama diapit dengan jaringan Jakub Jankto dan Svante Ingelsson.

Tetapi percubaan daripada Raul Albiol, Arkadiusz Milik dan Lorenzo Tonelli memastikan Napoli berpeluang untuk merapatkan jurang kepada satu mata di Stadium Allianz nanti.

"Pasukan kami sentiasa berusaha mengambil inisiatif dan bermain gaya kami tanpa mengira tempat, lawan atau situasi. Itulah falsafah kami," kata ketua jurulatih, Sarri, kepada Mediaset Premium.

"Jelas, sukar untuk pergi ke Turin dan cuba untuk mendapatkan kemenangan. Saya fikir Juventus adalah pasukan paling lengkap di Eropah. Kami akan memberikan penyudah terbaik kami."

Advertisement

Must Watch Video