Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sarri nantikan sentuhan terbaik Morata

alvaro-morata.jpg
Maurizio Sarri menjelaskan beliau masih lagi menunggu persembahan terbaik Alvaro Morata selepas menolak persoalan mengenai pemain sasaran Chelsea, Gonzalo Higuain.

Morata menyerlah ketika seri 1-1 sebelum meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dengan Inter semalam, selepas membantu mengumpan jaringan pembukaan buat Pedro.

Penyerang Sepanyol itu yang diketepikan bagi saingan Piala Dunia, telah dikaitkan bakal kembali ke Serie A dengan AC Milan menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Laporan turut mencadangkan Chelsea mahu membawa Higuain ke Stamford Bridge, dengan penyerang Argentina itu dijangka bebas meninggalkan kelab selepas mereka membawa masuk khidmat Cristiano Ronaldo.

Sarri tidak memberikan sebarang maklumat mengenai isu itu tetapi menyedari bahawa Milan turut mahu mendapatkan khidmat Higuain.

"Saya masih lagi menunggu sentuhan terbaik Morata," kata Sarri.

"Dalam aksi pertama, Morata tidak bermain dengan cemerlang di Australia (tewas 1-0 kepada Perth Glory).

"Tetapi hari ini, terutama sekali dalam 30 minit pertama, banyak yang telah diperbaikinya, saya berpuas hati dan yakin dengan masa depannya bersama pasukan."

Advertisement

Must Watch Video