Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sarri jangka Hazard, Willian, Courtois kekal di Stamford Bridge

edenhazard-cropped_1m37g4ydulnet15gdfp60o5fs0.jpg
Maurizio Sarri menjangkakan Chelsea akan dapat mengekalkan khidmat Eden Hazard, Willian dan Thibaut Courtois walaupun masing-masing menarik perhatian kelab LaLiga.

Real Madrid dan Barcelona dikaitkan dengan perpindahan keluar buat ketiga-tiga pemain berkenaan yang tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 ke atas Perth Glory dalam perlawanan pertama buat Sarri, lewat malam tadi.

Ketiga-tiga pemain itu masih dalam tempoh rehat susulan aksi Piala Dunia tetapi ia tidak menghentikan mereka daripada terus dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stamford Bridge.

Madrid dikatakan terus mengejar khidmat pemenang Sarung Tangan Emas, Courtois, dan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Hazard, sementara Barca berminat untuk membariskan Willian di barisan depan pasukan.

Kehilangan ketiga-tiga pemain itu bakal memberi tamparan hebat buat musim pertama Sarri tetapi dia percaya bahawa ia adalah tempoh untuk pasukannya berkembang.

"Ia tidak bergantung kepada saya tetapi saya yakin mereka akan kekal," kata Sarri.

"Saya lebih gemar untuk berjumpa dan berbincang secara berdepan dengan mereka."

Courtois, Hazard dan Willian dijangka kembali melaporkan diri bersama The Blues pada hujung bulan ini tatkala saingan Liga Perdana Inggeris bakal bermula pada 9 Ogos depan.
 

Advertisement

Must Watch Video