HELLAS VERONA 2 JUVENTUS 1
Maurizio Sarri memberi amaran bahawa Juventus tidak boleh terus mencicirkan mata selepas tewas 2-1 di tangan Hellas Verona dalam aksi Serie A awal pagi tadi.
Juve tampak bakal meraih perbezaan enam mata di puncak liga selepas Cristiano Ronaldo meledakkan gol pembukaan pada minit ke-65, sekali gus mencipta rekod baru buat kelab dengan menghasilkan jaringan dalam 10 perlawanan liga berturut-turut.
Namun, Fabio Borini menyamakan kedudukan ketika aksi berbaki 14 minit dan Giampaolo Pazzini mengesahkan kebangkitan lawan apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Leonardo Bonucci sewaktu cuba menghalang tandukan Marash Kumbulla.
Jika Inter dan Lazio menang dalam aksi awal pagi esok, hanya jurang kecil yang membezakan pasukan dalam kelompok tiga teratas sehingga membuatkan Sarri terpaksa melepaskan kemarahannya selepas tamat perlawanan.
"Pasukan sudah terbiasa menang dengan mudah dalam beberapa tahun dan kami perlu tetapkan dalam diri bahawa kami tidak bolleh bazirkan mata," katanya.
"Diharapkan kami belajar daripada kesilapan kerana ia telah pun dibincangkan. Ia sukar kerana pasukan berlatih dengan baik tetapi gagal mencapai potensi sebenar apabila turun beraksi. Kami perlu menyelesaikannya.
"Minda adalah aspek paling penting. Jika ia tidak berhubung, anda tidak akan memenuhi taktikal. Sama juga jika minda anda tidak berhubung 100 peratus, aspek fizikal juga akan tidak akan dapat melakukannya.
"Kami perlu sedar bahawa kemenangan tidak boleh diraih dengan mudah. Kami perlu bekerja keras, melakukan segalanya apabila perlu dan tidak terlalu santai.
"Verona berhak menerima pujian dalam 30 minit pertama tetapi kami patut dipersalahkan ketika 30 minit yang terakhir. Mereka mempamerkan kehebatan dan kami tidak, ia mudah."
Keputusan itu merupakan kekalahan kedua Juve dalam tiga perlawanan dan yang ketiga dalam lima aksi terakhir di tempat lawan.
Editor: Nafis Abdullah