Kecederaan pergelangan kaki yang dideritai Neymar adalah tidak sengajakan, kata pemain Marseille, Bouna Sarr, yang bersaing dengan bintang Brazil itu berebut bola di udara sebelum lawannya itu diusung keluar.
Paris Saint-Germain (PSG) mendominasi pertembungan Le Classique itu 3-0 awal pagi tadi, dengan Neymar mencipta peluang buat Edinson Cavani melengkapkan kemenangan pada minit ke-55 selepas Kylian Mbappe dan gol sendiri Rolando terlebih dahulu meletakkan PSG dalam situasi selesa.
Bagaimanapun, dengan pengurus PSG, Unai Emery, sudahpun menggunakan ketiga-tiga pemain simpanan, Neymar pula dilanda kecederaan ketika menuju tamat permainan di Parc des Princes.
Pasangan itu mencabar bola di udara dan tonggak PSG itu mengerang kesakitan di pergelangan kakinya selepas gagal mendarat dengan sempurna.
Emery optimis terhadap peluang Neymar menjelang pertemuan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid, minggu depan.
Malah, ketua pasukan, Thiago Silva, memberitahu Canal+ bahawa dia tidak mengharapkan rakan senegaranya itu cergas untuk sekali lagi menghadapi Marseille dalam suku akhir Coupe de France, awal pagi Khamis ini.
Neymar diasak hebat oleh Florian Thauvin pada awal permainan dan pemain berusia 26 tahun itu kelihatan terus menjadi sasaran lawan -- sebanyak lapan kali sepanjang perlawanan.
Sarr, bagaimanapun, mendakwa dia tidak bersalah dalam kejadian itu yang mengakibatkan Neymar mengalirkan air mata ketika diusung keluar.
"Neymar? Saya hanya melihat satu perkara, iaitu saya bermain bola," kata Sarr kepada pemberita selepas perlawanan.
"Saya tidak berniat untuk melakukannya. Ini bukan gaya permainan saya.
"Nampaknya pergelangan kakinya terseliuh.
"Malang buatnya tetapi ia seperti perlawanan yang biasa kami hadapi," ujarnya lagi.