Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menyasarkan 100 tiket Grandstand Platinumnya terjual pada musim Liga Super tahun ini.
Menurut Ketua Pemasarannya, Mohamad Fuad Mohd Sapri, pihaknya yakin sasaran itu akan tercapai kerana tiket VIP di Stadium Negeri dijual secara bermusim pada harga yang berpatutan, RM3,000 sekeping.
"Ia harga yang agak berbaloi kerana pemegang tiket ini akan mendapat ruang duduk utama di kawasan pentas. Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan di ruang (bahagian atas stadium) yang bukan sahaja santai tetapi selesa.
"Di sini, mereka boleh menyaksikan perlawanan di kawasan yang berhawa dingin, duduk di sofa sambil mendapat akses tiada had kepada makan minum," katanya.
Menurut Fuad, pemegang tiket ini juga disediakan kawasan meletak kereta khas serta menerima pelbagai cenderamata pasukan Ngap Sayot untuk musim ini.
Jelasnya, kemudahan hampir sama diterima oleh mereka yang membeli pakej Grandstand Gold, cuma ruangnya berbeza dan terletak di bahagian dalam tanpa pemandangan padang.
"Pemegang tiket berharga RM2,000 semusim ini, bagaimanapun, masih mendapat ruang duduk utama dan selesa di pentas utama," katanya.
Pada tahun ini, kata Fuad, FAS telah menetapkan bahawa harga tiket biasa perlawanan adalah RM15 untuk kawasan terbuka di Zon A dan B.
"Tiket berharga RM20 dijual untuk kawasan berbumbung di Zon A dan B manakala kawasan berbumbung untuk Zon C di seberang pentas utama dijual pada harga RM25.
"Bagaimanapun, kami turut menjual secara bermusim, dengan kawasan terbuka Zon A dan B dijual pada harga RM150 manakala kawasan berbumbungnya dijual pada harga RM200.
"Tiket bermusim di Zon C pula boleh diperolehi pada harga RM250," tambahnya.
Fuad berkata, bagi peminat tegar Ngap Sayot, pembelian tiket bermusim adalah lebih sesuai, murah dan menjimatkan.
Tiket perlawanan bermula 4 Februari depan boleh didapati dari premis terpilih Lea Sports Centre selain di Stadium Negeri pada hari perlawanan.
Sementara itu, untuk tiket korporat VIP Platinum dan Gold, peminat boleh menghubungi talian 012-808-3445 atau 011-1264-3601 untuk tempahan.
Ini adalah langkah pemasaran FAS selepas pengenalan logo pasukan yang menggunakan ikon buaya, baru-baru ini.