Jaringan minit akhir Bobby Gonzales membantu Sarawak mengikat Terengganu FC (TFC) II 1-1 dalam aksi Liga Perdana di Kuala Terengganu, malam ini, sekali gus mencuri mata penting di tempat lawan.
TFC II, bagaimanapun, mendahului seawal minit pertama menerusi Akanni Sunday Wasiu yang menolak masuk bola muntah percubaan awal Mohd Haidhur Husaini.
Tuan rumah terus garang pada minit kelima yang menyaksikan Bruno Junichi Suzuki berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Iqbal Suhaimi, namun percubaannya dikeluarkan di atas garisan gol.
Pemain import Haiti, Sebastian Thuriere, turut berpeluang menggandakan jaringan buat TFC II pada minit ke-22 melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti yang ditepis Mohd Iqbal.
Aksi semakin rancak dengan Sarawak dua kali menguji kem tuan rumah daripada Mateo Roskam (m-34) dan Milos Raickovic (m-36), namun percubaan jarak jauh itu gagal menepati sasaran.
Selepas rehat, TFC II terus mengasak, malangnya tandukan ketua pasukan, Mohd Hasbullah Awang, pada minit ke-51 dan percubaan Mohd Shahrin Sapien seminit kemudian melambung tinggi.
Peluang tuan rumah menjelma lagi pada minit ke-59, kali ini giliran pemain tengah, Mohd Fakhrurazi Musa, yang membuat rembatan di dalam kotak penalti tetapi cemerlang dinafikan Mohd Iqbal.
Sepuluh minit berselang, pemain gantian Sarawak, Mohd Muzaimir Abd Hadi, nyaris mencemaskan penyokong TFC II menerusi sepakan kencang yang tepat ke dakapan Amierul Hakimi Awang.
TFC II perlu menyalahkan diri sendiri dengan Bobby muncul wira Sarawak hasil jaringan penyamaan pada masa kecederaan untuk memastikan keputusan seri 1-1.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)