Penolong jurulatih Sarawak, Pengiran Bala, menyifatkan tuah berpihak kepada skuad bimbingannya selepas mengikat Terengganu FC (TFC) II 1-1 dalam Liga Perdana di Kuala Terengganu, semalam.
Sambil mengakui gagal menandingi rentak pasukan lawan, Pengiran Bala turut melabel persembahan mereka di bawah tahap sebenar
Aksi longlai yang melihatkan Sarawak mudah kehilangan bola juga dituntut segera diperbaiki untuk meneruskan rentak dalam perlawanan seterusnya.
“Memang TFC II layak untuk menang, namun dalam bola sepak, tuah turut memainkan peranan hingga membolehkan kami menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
“Kami berkunjung ke tempat lawan untuk mendapat sekurang-kurangnya satu mata dan objektif itu berjaya dicapai,” katanya.
Selepas memungut empat mata daripada dua perlawanan Liga Perdana, Sarawak akan berdepan Felcra FC di gelanggang sendiri dalam aksi seterusnya.