Skip to main content

Bola Sepak

Santos yakin Neymar tidak akan sertai PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24717neymar.jpg
Pertahanan Barcelona, Marlon Santos, yakin Neymar tidak akan meninggalkan pasukan walaupun terdapat laporan bahawa dia mahu menyertai gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).

PSG dilihat bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahan bintang Brazil itu yang bernilai EUR222 juta (RM1.1b) apabila diberitahu pemain itu mahu berhijrah ke Parc des Princes.

Di sebalik spekulasi tersebut, Neymar memulakan saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) berdepan Juventus dengan dua jaringan berkualiti memberikan kemenangan 2-1 buat pasukannya.

Bagaimanapun, Santos menyuarakan nada keyakinan bahawa rakan senegaranya itu akan kekal di Nou Camp.

"Buat saya, Neymar adalah antara pemain terbaik di dunia. Saya masih belum bercakap dengannya dan berharap dia kekal bersama pasukan," kata Santos.

"Kami mahu memastikan Neymar bersama pasukan bagi saingan musim hadapan."

Advertisement

Must Watch Video