Skip to main content

Bola Sepak

Sangka panggilan daripada Benitez satu jenaka

florian-lejeune-070717.jpg
Florian Lejeune menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Newcastle United, namun pemain pertahanan Perancis itu pada awalnya menyangka panggilan daripada Rafael Benitez itu adalah satu gurauan. 

Lejeune beraksi sebanyak 33 kali bersama Eibar dalam LaLiga musim lalu apabila mereka menamatkan saingan dalam kelompok 10 teratas, lalu menarik perhatian Benitez yang akan membawa cabaran Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Sejurus pemain berusia 26 tahun itu menyedari Benitez benar-benar dalam talian, dia tidak ragu-ragu lagi untuk berpindah apabila jurulatih itu memainkan peranan besar untuk dia membuat keputusan. 

"Menerima panggilan daripada Rafael Benitez adalah sangat menakjubkan dan saya hanya boleh berkata ya. Ia ibarat mimpi," kata Lejeune. 

"Ketika saya mendapat panggilan itu, saya sangka ia adalah satu gurauan, jadi saya tidak berkata apa-apa. Selepas beberapa jam, saya berkata, 'Ya, itu Rafael Benitez', oleh itu saya pun bersetuju. 

"Dia sangat penting dalam keputusan saya ini. Sejak sekian lama, karier saya tidak menentu. 

"Dia seorang jurulatih yang hebat. Semua orang mengenalinya dan dia telah memenangi banyak trofi -- itulah Rafael Benitez. Newcastle sebuah kelab besar yang mempunyai sejarah yang mengagumkan. 

"Kami berbincang dengan lancar dan tidak syak lagi untuk saya menyatakan persetujuan. 

"Ia umpama mimpi. Saya pernah bermain di Sepanyol dan Perancis, semua orang mengatakan EPL sangat penting dan sukar.

"Saya mahu datang dan bermain di sini, saya harap mampu membuktikan keupayaan."
 

Advertisement

Must Watch Video