Exco Sukan Negeri Selangor, Amirudin Shari, menggesa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) agar menggunakan saluran yang betul seandainya mahu memohon bantuan dana sebanyak RM5 juta.
Kenyataan itu hadir selepas Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal, mengadakan sidang media bagi memohon bantuan daripada kerajaan negeri seperti disiarkan Nadi Arena, semalam.
FAS berharap kerajaan negeri sedia menyumbangkan bantuan berdasarkan pencapaian skuad Selangor setakat ini.
Bagaimanapun, Amirudin mengesahkan dia belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada FAS berhubung isu berkenaan.
Justeru, beliau menzahirkan rasa terkilan kerana hanya mengetahui mengenai permintaan FAS itu melalui laporan media.
"Apabila melibatkan kewangan, saya hanya boleh menyalurkan kepada pihak Menteri Besar untuk membuat keputusan.
"Saya mengetahui mengenai permohonan ini pun daripada media. Sangat baik melakukan permohonan daripada media. Tidak pernah saya dengar urusan kerajaan dilakukan menerusi permohonan daripada media.
"Saya rasa Datuk Subahan juga belum lagi menurunkan tandatangan ke atas surat permohonan rasmi, semalam baru dia terluah ketika sidang media," tambah Amirudin.