Skuad Sang Badak kembali menjalani latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, selepas bercuti selama tiga hari sempena Aidilditri.
Dengan kesemua pemain, termasuk empat import telah melaporkan diri, pengendali pasukan, Jelius Ating, berkata beliau kini hanya memiliki beberapa hari lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di gelanggang lawan, Jumaat ini.
"Tidak banyak yang boleh kami lakukan kecuali memperbaiki kelemahan yang kami telah kesan dalam dua aksi persahabatan bertemu Sarawak, baru-baru ini.
"Saya fikir kelemahan utama kami ialah ketika bertahan. Ia bukan hanya pada empat pertahanan tetapi kami perlu bertahan sebagai satu pasukan.
"Memang kami mampu menjaringkan gol tetapi pada masa sama, kami mudah melepaskan gol kepada pihak lawan.
"Kami akan cuba perbaiki ini, kami akan mencari cara terbaik untuk bertahan sebagai satu pasukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Jelius berkata kesemua pemainnya kini bersedia untuk diturunkan dalam aksi menentang PDRM kecuali pemain tengah, Radzi Mohd Hussin.
"Kesemua pemain boleh beraksi walaupun Jenius Karib mengalami demam, dia masih 'ok' manakala Radzi masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan," katanya.