Skip to main content

Bola Sepak

Sanchez serah masa depannya kepada ejen

alexis-sanchez-090617.jpg
Alexis Sanchez menjelaskan ejennya akan berunding dengan Arsenal tatkala spekulasi terus bertiup kencang bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dalam jendela perpindahan musim panas. 

Kontrak penyerang itu berbaki setahun lagi dan dia kerap dikaitkan dengan perpindahan, di sebalik Arsene Wenger menegaskan dia bukan untuk dijual. 

Manchester City dan Bayern Munich dikatakan menjadi pilihan utama untuk mendapatkan tandatangannya dengan laporan di England mengatakan Sanchez lebih berminat untuk bergabung dengan Pep Guardiola. 

Manchester United dan Chelsea turut dikaitkan dengan khidmat pemain berusia 28 tahun itu yang meledak 30 gol sepanjang musim lalu. 

Sanchez mengakui dia menuntut 'banyak perkara', tetapi ia terpulang kepada ejennya untuk menyelesaikan masa depannya. 

"Saya bergantung kepada tindakan ejen saya," katanya kepada Cooperativa. 

"Ketika ini, saya fokus kepada kempen Piala Konfederasi dan Russia 2018 dalam memberikan persembahan baik. 

"Ejen saya akan menilainya. Dia tahu dan akan duduk berbincang dengan kelab mengenai pilihan terbaik buat saya. 

"Saya menginginkan banyak perkara, namun saya hanya memikirkan tentang pasukan kebangsaan."

Sanchez menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan akhir Piala FA ke atas Chelsea untuk meraih gelaran itu buat kali ketiga dalam tempoh empat musim, namun gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara. 

Perkembangan itu menyebabkan masa depan pemain Chile berkenaan dan Mesut Ozil bersama kelab London itu tidak menentu. 

Ejennya, Fernando Felicevich, dilihat berada Jerman untuk mengadakan perbincangan dengan Bayern, bulan lalu. 

Advertisement

Must Watch Video