Skip to main content

Bola Sepak

Sanchez ke PSG? Jangan bermimpi -- Wenger

14517alexis-sanchez.jpg
Arsene Wenger melabel khabar angin Arsenal bakal menjual Alexis Sanchez kepada Paris Saint-Germain (PSG) sebagai satu khayalan.

Pemain kebangsaan Chile itu terus dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Stadium Emirates dan gergasi Ligue 1 itu dilihat sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Terdapat laporan yang mencadangkan bahawa Sanchez telah bertemu dengan Pengarah Sukan PSG, Antero Henrique, di Paris untuk membincangkan perpindahan yang mampu mencecah EUR50 juta (RM249 juta).

Bagaimanapun, Wenger menyifatkannya sebagai khabar angin, dengan memberitahu satu sidang media, "Ia hanyalah imaginasi media."

Sanchez, yang dahagakan saingan Liga Juara-Juara (UCL), berkemungkinan besar boleh menyertai PSG berbanding Manchester City dan Chelsea kerana mereka merupakan saingan Arsenal di pentas domestik.

Dalam pada itu, skuad kendalian Wenger yang menjalani fasa pra-musim di Beijing terpaksa menerima kekalahan 3-0 kepada Chelsea.

Jaringan  Willian dan dua gol lagi daripada Michy Batshuayi memberikan kemenangan buat skuad bimbingan Antonio Conte di Stadium Nasional Beijing.

Advertisement

Must Watch Video