Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap Liga A1 Semi-Pro mencetuskan fenomena baharu dalam lanskap Liga Malaysia (Liga-M).
Ia menerusi sambutan hangat peminat dalam beberapa perlawanan tertentu pada minggu pertama liga menyaksikan 'derby' utara di antara Perlis GSA dan Kedah FA paling mencuri tumpuan.
"Secara keseluruhannya, cukup memberangsangkan permulaan liga ini terutama dapat melihat menarik penyokong ke stadium.
"Berdasarkan perlawanan pertama, amat berbeza pada kali ini," katanya.
Ppenyokong yang menyaksikan secara langsung hampir ini melonjak hampir 10 kali ganda -- ia satu lonjakan besar -- sama ada di Youtube mahupun di televisyen.
Antara lain, perkembangan positif ini turut didorong oleh isu di dalam dan luar padang dan terbaru, membabitkan Kelantan Red Warriors yang terpalit dengan isu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Mengulas mengenai perkara itu, susulan peletakkan jawatan Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, Yusoff sendiri turut menunggu status terkini kelab dari Pantai Timur tersebut yang kini terserah kepada badan induk dunia berkenaan.
"Saya tidak boleh jawab tepat kerana pada akhirnya ia terpulang kepada pandangan FIFA.
"(Iaitu) sama ada apabila kelab bertukar tangan sudah menjadi entiti yang berbeza, atau masih entiti yang sama cuma tukar pemilik sahaja.
"AFL kena akur dengan apa jua keputusan FIFA.
"Kalau hukuman masih kekal maka KRW tidak boleh bermainlah," katanya.