Skip to main content

Bola Sepak

Sama tapi tak serupa -- Chile dakwa Ecuador lakukan pemalsuan dokumen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

byuron.jpg
Tular kemelut yang melanda tujuh pemain warisan negara sebelum ini di media sosial yang seakan berkongsi nasib hampir serupa dengan pemain kebangsaan Ecuador, Byron Castillo, berikutan isu pemalsuan dokumen pada 2022.

Terdahulu, Chile mendakwa Persatuan Bola Sepak Ecuador (FEF) melanggar Artikel 21 Kod Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan penggunaan dokumen dengan maklumat palsu ke atas Castillo yang difahamkan merupakan warganegara Colombia.

Persekutuan Bola Sepak Chile melakukan aduan terlebih dahulu kepada FIFA berhubung isu itu sebelum dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).


 

Begitupun, selepas membawa rayuan, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan kelayakan Castillo untuk menyarung jersi Ecuador sekali gus mewakili negara itu dan Ecuardor dibenarkan beraksi dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Hasil keputusan CAS berkongsikan: "Meskipun pasport Ecuador pemain itu memang sahih, beberapa maklumat yang diberikan adalah palsu.

"Panel berpuas hati kerana tarikh dan tempat lahir pemain tidak tepat kerana pemain itu sebenarnya dilahirkan i Tumaco, Colombia pada 25 Jun 1996.

"Panel beranggapan perlu memikul tanggungjawab FEF atas tindakan pemalsuan." katanya.

Kesannya, Ecuador diberikan pemotongan tiga mata dalam aksi pertama kempen kalayakan piala dunia 2026 dan denda sebanyak Franc 100,000 susulan 'penggunaan dokumen yang mengandungi maklumat palsu' itu, tiada denda buat pemain.

 

Advertisement

Must Watch Video