Skip to main content

Bola Sepak

Layak tapi diharamkan beraksi, kelab panjangkan kes kepada CAS

UECL

PFK Turan Tovuz diisytiharkan tidak layak untuk menyertai Liga Persidangan Europa (UECL) musim hadapan selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memutuskan bahawa kelab Azerbaijan itu terlibat dalam aktiviti yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan perlawanan.

Pengerusi Badan Rayuan UEFA menyatakan Turan Tovuz telah gagal memenuhi kriteria kerana "terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung dalam aktiviti mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa."

Keputusan itu dibuat selepas Turan Tovuz menduduki tempat ketiga dalam liga utama Azerbaijan, yang biasanya akan menjamin slot untuk pusingan kelayakan UECL.

Kelab itu berkata keputusan itu berdasarkan kes disiplin 2019 di mana tujuh pemain kelab diharamkan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak kerana kesalahan mengatur perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Azerbaijan (AFFA).

"Pada musim 2025/26, kami menamatkan musim di tempat ketiga, dan memperoleh hak untuk bermain dalam UECL,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Jawatankuasa Disiplin UEFA menjalankan siasatan sama ada kelab kami memenuhi kriteria tersebut.

"Perlu diingatkan bahawa Jawatankuasa Disiplin AFFA telah mengharamkan tujuh pemain kami daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak."

Kelab itu berkata ia akan mengambil ‘semua langkah perundangan’ dan merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mengubah keputusan UEFA dan memastikan penyertaan mereka dalam UECL.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video