Skip to main content

Bola Sepak

Salcedo alami kecederaan bahu

22617salcedo_1.jpg
MEXICO 2 NEW ZEALAND 1

Pertahanan Mexico, Carlos Salcedo, akan terlepas baki perlawanan Piala Konfederasi selepas mengalami kecederaan bahu ketika berdepan New Zealand.


Ia merupakan satu tragedi malang buat Mexico, yang sekadar menang tipis 2-1 ke atas New Zealand dan kehilangan khidmat Salcedo daripada perlawanan tersebut.

Pemain itu terpaksa diusung keluar ketika aksi separuh masa pertama sedang dijalankan.

Mexico tidak akan dapat memanggil pemain gantian bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain berusia 23 tahun itu.

Kini Mexico telah meraih empat mata daripada dua perlawanan, dengan Raul Jimenez dan Oribe Peralta berjaya menidakkan gol pembukaan Chris Wood pada minit ke-42.

Advertisement

Must Watch Video