Skip to main content

Bola Sepak

Salah saya -- Guardiola

pepguardiola_3.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menegaskan beliau perlu mencari jalan untuk mengelak daripada dibolosi bagi memastikan mereka tidak lagi berputih mata.

City melepaskan peluang untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya kelmarin selepas mendahului perlawanan 2-0 ketika berdepan Manchester United, sebelum seteru mereka bangkit meraih kemenangan 3-2 di Stadium Etihad.

Paul Pogba menjaringkan dua gol dalam tempoh 97 saat untuk menafikan jaringan Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan sebelum Chris Smalling menyempurnakan kemenangan United pada minit ke-69.

Tumbang dalam separuh masa pertama ketika berdepan Liverpool dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menyaksikan City kini ketinggalan tiga jaringan menjelang aksi timbal balik, minggu ini.

Kekalahan tersebut merupakan kali kedua Liverpool mengatasi City di Anfield -- selepas kemenangan 4-3 pada Januari lalu -- dan Guardiola menyifatkan ia sebagai kesalahannya kerana gagal mengenal pasti kekurangan dalam taktikal yang digunakannya.

"Mungkin ia adalah salah saya. Saya perlu berfikir mengenainya tetapi saya berasakan ketika anda mendominasi permainan, anda mampu melakar kemenangan.

"Lawan kami mempamerkan persembahan yang berbeza dan kami tidak sempat melakukan pertukaran serta perubahan dalam permainan kami.

"Kami akan cuba untuk memperbaiki perkara ini pada masa akan datang dalam usaha untuk meraih kemenangan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video