Skip to main content

Bola Sepak

Salah hanya akan terus meningkat, kata Klopp

salah.jpg
Mohamed Salah terlalu pintar untuk mengalami sindrom kehambaran musim kedua, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Salah meledak 44 gol dalam semua pertandingan yang mencetuskan fenomena dalam musim sulungnya di Anfield dengan 32 daripadanya hadir menerusi Liga Perdana Inggeris (EPL), yang menyaksikan pemain Mesir tersebut mengatasi Harry Kane untuk anugerah Kasut Emas. 

Pemain berusia 26 tahun itu sudah merakamkan dua jaringan liga setakat ini dan Klopp yakin Salah akan terus memperbaiki sentuhannya sepanjang kempen musim ini.

"Dia seorang yang sangat bijak," kata Klopp kepada wartawan sebelum perjalanan ke Leicester City.

"Dia tidak memikirkan tentang musim lalu. Dia tahu permainan kami di sini, dia tahu dia tidak mempunyai angka dalam fikirannya atau berfikir, 'Baik, biar saya membuat rekod baru'.

"Hanya yang ada ialah, 'Mari menjaringkan gol, ayuh kita bermain bola sepak' kepada saya. Dia masih begitu, bahkan bertambah yakin lagi kerana dia sudah tahu segalanya bermungkinan.

"Tetapi, hanya itulah perubahan tunggalnya. Kami memerlukannya untuk menjaringkan gol tetapi tidaklah terlalu bergantung kepadanya dan itulah keadaannya ketika ini.

"Dia bukan seorang kanak-kanak lagi dan dia tidak mengharapkan segala-galanya akan menjadi seperti ini sepanjang masa, maka dia akan terus berusaha. Dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. "

Awal permulaan musim ini, kempen Salah dibayangi pertelagahannya dengan Persatuan Bola Sepak Mesir selepas menyuarakan kebimbangannya mengenai persiapan Piala Dunia Russia yang lalu, namun Klopp menyatakan perselisihan itu tidak akan mempengaruhi prestasinya.

"Saya tidak bimbang tentang tumpuannya kerana saya ada bercakap dengannya. Saya tidak nampak ia (akan mempengaruhi prestasinya) pada masa ini," tambah Klopp.

"100 peratus jelas -- dia ikhlas mahu bermain untuk negaranya dan untuk kami.

"Selebihnya... mereka harus mencari jalan untuk mengatasinya. Bilakah kali terakhir Mesir mempunyai pemain sepertinya. Mereka perlu membiasakannya, setakat ini, mungkin ia tidak sempurna.

"Jadikanlah ia sempurna, maka akhirnya semuanya akan menjadi sempurna."

Advertisement

Must Watch Video