Skip to main content

Bola Sepak

Salah, Coutinho bantu Liverpool raih kemenangan di Hong Kong

23717philippecoutinho.jpg
LIVERPOOL 2 LEICESTER 1

Philippe Coutinho mempamerkan kualitinya buat penyokong Liverpool di Hong Kong selepas The Reds meenewaskan Leicester City 2-1 untuk menjulang Trofi Liga Perdana Asia.


Selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace, skuad kendalian Jurgen Klopp terus mempamerkan persembahan memberangsangkan ketika berdepan The Foxes.

Leicester terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Islam Slimani, pada minit ke-12.

Mohamed Salah bergandingan dengan Coutinho untuk menjaringkan gol penyamaan, sebelum Coutinho mempersembahkan gerakan solo untuk meletakkan Liverpool di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama.

Dengan berbaki tiga minggu sebelum bermulanya musim 2017-18, Klopp berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh jentera serangannya, dengan kehadiran Salah yang berhijrah dari Roma pada Jun lalu ternyata memberikan kelebihan buat pasukannya.

Pertahanan baru Leicester, Harry Maguire, terpaksa berhempas-pulas untuk mengekang gerakan Liverpool dan pengurus pasukan, Craig Shakespeare, dilihat akan terus menilai persembahan pasukannya dalam aksi persahabatan seterusnya berdepan Borussia Monchengladbach.

Advertisement

Must Watch Video