Antonio Conte melabel Mohamed Salah sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia menjelang pertembungan di antara Tottenham dan Liverpool pada Isnin ini.
Liverpool hanya ketinggalan satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, dengan prestasi cemerlang Salah sekali lagi memacu pasukan kendalian Jurgen Klopp itu.
Pemain antarabangsa Mesir itu menemui sasaran penyudah dalam kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United, semalam, untuk menyamai rekod Jamie Vardy dengan menjaringkan atau mencipta bantuan gol dalam 15 perlawanan berturut-turut.
Salah terlibat dalam 24 gol liga secara langsung pada musim ini (15 gol, sembilan bantuan jaringan) -- hanya bekas penyerang Newcastle, Alan Shearer pada 1994-95 yang pernah menjaringkan lebih banyak gol sebelum perlawanan Krismas (25 aksi dengan 16 gol, sembilan bantuan jaringan).
Conte, yang pernah menghadapi Salah ketika penyerang itu mewakili Roma, menjangkakan satu tugas sukar ketika menentang Liverpool sambil memuji kualiti pemain berusia 29 tahun tersebut.
“Saya rasa dia antara pemain terbaik dunia,” kata Conte kepada pemberita apabila ditanya mengenai Salah.

"Ketika perlawanan, kita telah menyaksikan dia menjaringkan gol atau mencipta gerakan. Dia seorang pemain yang sangat penting.
"Setiap kali memiliki bola, dia menjadi bahaya. Dia banyak meningkat, saya masih ingat dia ketika dia beraksi di Itali.
"Dia telah meningkat dengan cara yang luar biasa. Saya rasa ketika ini dia antara pemain terbaik di dunia dan dalam setiap perlawanan dia sangat penting."
Spurs tidak beraksi sejak kemenangan 3-0 ke atas Norwich City pada 5 Disember lalu memandangkan pembatalan jadual perlawanan bertemu Rennes, Brighton & Hove Albion dan Leicester City berikutan penularan wabak COVID-19 di kelab itu.
Bagaimanapun, barisan kendalian Conte kekal di landasan memburu tiket Liga Juara-Juara (UCL) sambil memiliki kelebihan tiga perlawanan berbanding pencabar terdekat.
Begitupun, bekas pengurus Inter itu menjelaskan tugas untuk mengekalkan semangat tinggi anak buahnya adalah satu cabaran yang sukar susulan ujian terbaru yang mereka hadapi.
"Moral pasukan sangat menurun, termasuklah dalam persediaan kami dan sesi latihan untuk menghadapi perlawanan seterusnya."