Skip to main content

Bola Sepak

Safiq gesa Harimau Malaya bangkit berdepan Lubnan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safiq-rahim.jpg
Kembali memperkuat skuad negara selepas lapan bulan tidak beraksi, pemain tengah, Safiq Rahim, mahu menjadikan pertemuan menentang Lubnan dalam  aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Selasa ini sebagai medan kebangkitan Harimau Malaya.

"Kali ini saya mahu menggunakan peluang ini untuk memberikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan. Saya berharap dapat membantu Harimau Malaya mencapai keputusan  positif," ujarnya.

Bahagian tengah skuad negara kelihatan pincang sebaik Safiq bersama tiga rakan lain -- S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Aidil Zafuan Abd Radzak -- membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraan Julai tahun lalu sebelum membuat pusingan 'U', April lalu.

"Mana-mana pemain yang diberikan tanggungjawab, sama ada saya atau pemain yang lain, perlu memberikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan," tambahnya.

Safiq, pemain tempatan paling menyerlah dalam Liga Malaysia ketika ini dengan lapan gol dan 11 bantuan jaringan, turut optimis terhadap keupayaan pengendali baharu, Nelo Vingada, untuk menghadirkan impak positif buat skuad negara.

"Bagi saya tiada masalah, dia (Vingada) merupakan jurulatih yang berpengalaman. Dia juga pernah mengendalikan pasukan dan pemain terbaik. Jadi, kami kena gunakan peluang yang ada ini untuk bekerjasama dengan baik," jelas Safiq.

Advertisement

Must Watch Video