Skip to main content

Bola Sepak

Safiq enggan tuding jari

safiq-rahim-140617.jpg
Ketua pasukan negara, Safiq Rahim, tetap optimis Harimau Malaya akan bangkit untuk perlawanan akan datang sambil menegaskan kekalahan semalam berpunca daripada kesalahan berpasukan. 

"Kami masih perlu memperbanyakkan lagi perlawanan dan saya yakin dengan kemampuan pengurusan dan kejurulatihan. 

"Sebagai pemain, kami perlu mencurahkan segala-galanya.

"Kita tak boleh menyalahkan mana-mana pemain, kami harus menerima (kekalahan ini) sebagai sebuah pasukan," katanya. 

Safiq, bagaimanapun, mengakui kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada saat-saat akhir perlawanan di Stadium Larkin malam tadi amat pahit untuk ditelan kerana mereka dibolosi dua gol pada lewat permainan. 

Apatah lagi, ini kemunculan semulanya bersama skuad kebangsaan selepas kembali daripada persaraan dengan aksi terakhirnya sebelum ini adalah pada Mac tahun lalu. 

"Saya amat teruja dan berbangga diberi kepercayaan lagi oleh jurulatih untuk bermain. 

"Insya-Allah saya akan sentiasa membantu pasukan negara. 

"Saya serta rakan-rakan akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk negara."
 

Advertisement

Must Watch Video