Skip to main content

Bola Sepak

Safiq azam balas kepercayaan

safiq-rahim-120617.jpg
Pemain tengah skuad kebangsaan, Safiq Rahim, bertekad untuk membantu pasukan melakar keputusan positif dalam aksi sulung kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan selepas dilantik sebagai kapten baru skuad Harimau Malaya.

Skuad negara akan menentang Lubnan di Stadium Larkin malam esok dan pemain berusia 29 tahun itu mahu memastikan permulaan yang baik dalam aksi pertamanya bersama Harimau Malaya sejak Julai tahunlalu.

“Bagi saya, ia satu cabaran dan saya sentiasa positif.

“Jika diberikan kepercayaan, saya akan cuba untuk menjalankan tugas dengan baik dan memulakan cabaran serta harapan baru skuad kebangsaan,” ujarnya.

Safiq kembali  menyertai skuad negara dengan reputasi hebat selaku pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super dengan lapan gol dan 11 bantuan jaringan.

Dia dijangka berganding dengan Baddrol Bakhtiar dan Amirulhadi Zainal di bahagian tengah pasukan Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video