Safee Sali muncul wira PKNS apabila jaringannya dalam waktu kecederaan menghadiahkan tiga mata sulung buat pasukannya dalam saingan Liga Super musim ini untuk mengecewakan Pahang 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi mencari kemenangan pertama selepas sekadar mengutip satu mata dalam aksi sulung menentang Perak dan Terengganu.
Pelawat mengawal baik di bahagian tengah yang membuka ruang kepada Safuwan Baharuddin melakukan rembatan jarak jauh pada minit ke-14 yang ditepis keluar oleh Shahril Saari.
PKNS yang lebih banyak bertahan hanya memperoleh kesempatan terbaik pada minit ke-29 tetapi bola sepakan Faris Ramli jauh melewati palang gol.
Empat minit sebelum menuju waktu rehat, hajat M. Kogileswaran Raj tidak kesampaian apabila sepakan separuh voli yang dilepaskan mengenai pertahanan PKNS, Zachary Michael Anderson.
Pahang yang dibimbing Dollah Salleh terus buntu dalam sentuhan penyudah walaupun menguasai permainan, kali ini menerusi Muslim Ahmad pada minit ke-57 yang tidak dapat menyudahkan umpanan Kogileswaran.
Tatkala permainan hanya menanti wisel penamat, Safee muncul wira serta membunuh semangat Pahang apabila tandukan kali kedua yang sebelum itu mengenai palang gol menemui sasaran di sebelah kiri gawang skuad Tok Gajah dan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.
"Kemenangan ini adalah hasil usaha seluruh pasukan. Kami berjuang sehingga ke minit terakhir dan tidak berputus asa. Kemenangan ini juga penting dalam memberikan keyakinan untuk menghadapi aksi seterusnya," kata Safee.
"Sejak awal permainan, saya amat risau memikirkan kepincangan kami terhadap penyerang yang mempunyai naluri untuk menjaringkan gol.
"Kami memiliki seorang pemain import tetapi dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik," ujar Dollah pula.