Safawi yang ditemui meluahkan semangat pasukan Harimau Malaya bertemu Korea berada di tahap terbaik dan sedia untuk menyekat pasukan itu daripada mendapatkan kemenangan.
"Semua tahu, Son adalah pemain yang baik...saya tahu kemampuan dia, dalam situasi satu lawan satu mungkin dia boleh (lepas) tetapi kalau dua lawan satu atau tiga lawan satu mungkin (tak boleh lepas).
"Dia (Son) pun manusia biasa. Saya rasa kelebihan pada kami sebab kami bertahan dan dia akan menyerang...saya percaya dengan rakan sepasukan dan jurulatih (Kim Pan Gon), jadi kita tengok perlawanan esok,” katanya.
"Dia pun manusia biasa", Harimau Malaya sedia sekat kemaraan Son Heung-min. ⛔️@ASTROARENA pic.twitter.com/wJcGR94QYw
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 23, 2024
"Kami akan lebihkan tekanan untuk mereka buat kesilapan dan dari situ kami akan ambil kesempatan untuk melakukan serangan,” katanya.
Dalam pertembungan di Stadium Al-Janoub esok, Korea hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik sementara peluang Malaysia untuk mara sudah tertutup susulan dua kekalahan dicatat sebelum ini.
Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang, Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.