Sebelum mampu membuat sebarang perubahan terhadap pasukan, jurulatih Sabah, Jelius Ating, terpaksa berdepan satu lagi cabaran sukar apabila turun menentang Terengganu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam esok.
Aksi bertemu skuad Penyu itu adalah perlawanan pembukaan bagi pusingan kedua Liga Perdana musim ini sebelum saingan berehat hampir tiga minggu dan Jelius merancang untuk membentuk semula pasukan, termasuk membawa masuk pemain import baharu.
"Bagaimanapun, ia hanya dapat dilakukan selepas perlawanan esok dan kami sekali lagi terpaksa menggunakan khidmat pemain sedia ada.
"Kami sangat kekurangan pemain ketika ini. Saya hanya memiliki 15 pemain dalam skuad senior yang boleh digunakan selepas beberapa pemain masih belum pulih daripada kecederaan. Selain itu, dua tonggak menjalani penggantungan perlawanan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelius berkata dua tonggak utama sebelum ini, Rahman Shah Marajeh dan Dendy Lowa tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan.
"Selain itu, beberapa lagi pemain yang tercedera sebelum ini juga masih belum pulih dan terpaksa disisihkan," katanya.
Sehubungan itu, dia terpaksa memanggil dua pemain daripada skuad Piala Presiden, Hamran Peter dan Fazriel Hanafi Stephanus, serta seorang pertahanan daripada pasukan Piala Belia, Evan Wensley Wenceslaus, untuk membantu pasukan.
"Bagi perlawanan bertemu Terengganu juga, saya kemungkinan hanya akan menggunakan seorang penyerang dengan dibantu tiga pemain di belakang, iaitu Maxsius (Musa), Ummareng (Bacok), dan (Masaya) Jitzono.
"Walaupun kami memiliki pilihan pemain yang terhad, saya tetap yakin pemain akan beraksi bersungguh-sungguh untuk memburu kemenangan esok.
"Sememangnya kami mahu memulakan pusingan kedua liga ini dengan satu keputusan baik, lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri," katanya.
Dalam aksi pusingan pertama, 7 April lalu, Sabah kecundang 0-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan perlawanan itu juga adalah tugasan pertama Jelius dalam saingan liga selepas dilantik sebagai jurulatih menggantikan Steve Vilmiaire.
Sabah, yang sebelum ini di kedudukan ke-10 dalam liga, naik satu anak tangga selepas pasukan di tangga kesembilan sebelum ini, ATM, dikenakan denda pemotongan enam mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).