Skuad Sang Badak merancang beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi baki saingan liga yang bersambung pada hujung bulan ini.
Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim, berkata perlawanan persahabatan itu akan diadakan di dalam dan di luar negeri Sabah.
Katanya, antara perlawanan! yang hampir pasti diadakan ialah bertemu Sarawak di Kota Kinabalu dan menentang Kelantan di gelangang lawan, pada pertengahan bulan ini.
"Kami juga bercadang mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara sama, ada di Filipina atau Indonesia, bertemu kelab negara berkenaan yang bersaing dalam kejohanan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).
"Belum ada (perlawanan persahabatan di luar negara) yang dimuktamadkan setakat ini tetapi perancangan itu sudah ada dan kami sedang berusaha agar ia dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.
Beliau berkata perlawanan pemanas badan dengan pasukan yang kuat penting bagi membentuk momentum terbaik pasukan, terutama ketika saingan berehat panjang.
"Kami juga perlukan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang bagus bagi memantapkan kombinasi pemain, terutama dengan kehadiran pemain import baharu.
"Barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating telah melakukan tugas dengan baik, termasuk membentuk semula pasukan seperti yang diidamkannya dan saya percaya perlawanan persahabatan dengan pasukan luar yang bagus akan menjadi pelengkap kepada persiapan kami," katanya.
Sabah akan meneruskan saingan liga dengan empat pemain import baharu, termasuk penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic, dan pemain pertahanan dari Zambia, Francis Kasonde, yang baru menandatangani kontrak, beberapa hari lalu.
Sabah turut diperkuatkan dua pemain dari Korea Selatan, iaitu Lee Gil Hoon (penyerang) dan Heo Jaenyong (pertahanan/pemain tengah) yang telah membuat penampilan sulung dalam perlawanan pertama pusingan kedua liga bertemu Kuantan FA pada 24 Mei lalu.
Saingan Liga Premier akan diteruskan pada 30 Jun dengan Sabah akan bertandang ke tempat lawan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM).