Walaupun sudah mencatat dua kemenangan dalam tiga aksi Liga Perdana setakat ini, pengendali Sabah, Jelius Ating, percaya pasukannya itu mampu beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan akan datang.
Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata pasukannya tidak beraksi seperti diharapkan dalam dua perlawanan lalu kerana faktor keletihan berikutan jadual yang padat selain hanya memiliki masa singkat untuk melakukan persiapan.
"Saya akui dalam dua perlawanan lalu, termasuk ketika mencatat kemenangan terhadap PDRM (Polis Diraja Malaysia), saya lihat pemain agak keletihan sehingga kami gagal menguasai bola dengan baik.
"Bagaimanapun, saya memuji pemain kerana berjuang habis-habisan, terutama di bahagian pertahanan yang dibarisi pemain tempatan.
"Mereka bekerja keras mempertahankan gawang dan terpaksa berdepan penyerang import yang memiliki kelebihan dari segi fizikal, malah ada pemain iaitu Maffry (Balang) yang bermain sampai tercedera," katanya ditemui selepas perlawanan bertemu PDRM, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Dalam aksi malam tadi, Sang Badak terus menjadikan Stadium Likas sebagai gelanggang keramat mereka apabila membenam PDRM 2-0 hasil jaringan Maxsius Musa pada minit ke-16 dan Heo Jaenyong, pada minit ke-67.
Sementara itu, Jelius berkata dua pemainnya, iaitu Maffry dan Maxsius, yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan malam tadi, mampu beraksi dalam perlawanan seterusnya.
"Kami juga lega kerana aksi seterusnya hanya akan berlangsung kira-kira dua minggu dari sekarang. Ini membolehkan pemain mendapat rehat yang cukup selepas jadual yang padat dalam tiga perlawanan.
"Saya juga akan mengambil masa rehat panjang ini untuk memantapkan lagi pasukan dan mengatasi beberapa kelemahan yang ada," katanya.
Setakat tiga perlawanan, Sabah kini mengutip tujuh mata hasil daripada dua kemenangan dan seri sekali.
Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu akan meneruskan saingan liga bertemu Sarawak di Stadium Likas, 24 Februari depan.
Kredit imej: Jaiman Taip