SABAH 1 KUALA LUMPUR 2
Sabah gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila kecundang 1-2 kepada Kuala Lumpur dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Sabah lebih dulu memiliki peluang pada minit kelima selepas dihadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti Kuala Lumpur, bagaimanapun, percubaan Masaya Jitzono berjaya dihalang benteng lawan.
Pasukan pelawat kemudiannya memiliki peluang baik pada minit ke-10, namun tandukan Ibrahim Syaihul yang tidak dikawal tinggi melepasi palang gol.
Pertahanan import Sabah, Igor Cerina, akhirnya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk bola hantaran sepakan percuma Jitzono pada minit ke-19.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29 hasil sepakan percuma cantik Nicolas Alejandro dari luar kotak penalti.
Perlawanan kemudian seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan, namun gagal menghasilkan sebarang gol dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Kuala Lumpur hampir memperolehi gol pada minit ke-50 selepas kesilapan dilakukan pertahanan Sabah, bagaimanapun, percubaan Abdul Manaf Mamat yang hanya berdepan penjaga gol tinggi melepasi palang.
Sabah kemudian memiliki peluang pada minit ke-59 dan 60, masing-masing menerusi Ummareng Bacok dan Maxsius Musa, namun rembatan dan tandukan mereka terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Ahmad Solehin Mamat.
Pada minit ke-73, pemain gantian pelawat, Guilherme De Paula Lucrecio, hampir meletakkan pasukannya di hadapan selepas situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim, namun percubaannya berjaya dinafikan oleh Rozaimie.
Alejandro sekali lagi menunjukkan kehebatan sepakan percuma pada minit ke-80, namun kali ini Rozaimie berjaya menyelamatkan keadaan.
Pada minit ke-88, Guilherme akhirnya memusnahkan harapan Sang Badak apabila mudah menolak masuk bola hantaran Zhafri Yahya bagi menjadikan kedudukan 2-1.
Di penghujung permainan, Ricco Nigel Milus cuba mendapatkan gol penyamaan ketika keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Kuala Lumpur, bagaimanapun, percubaannya tidak menepati sasaran.
Kedudukan 2-1 kekal hingga pengadil perlawanan, Tiong Eng Tai, meniupkan wisel penamat.
Keputusan perlawanan Liga Perdana hari ini:
Johor Darul Ta'zim II 4 Perlis 0
PKNP 2 Kuantan FA 0
Sabah 1 Kuala Lumpur 2
MISC-MIFA 2 ATM 3
UiTM 0 Negeri Sembilan 1 (ditunda)