Hasrat Sang Badak untuk mencatat kemenangan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini tidak kesampaian apabila kecundang 1-3 kepada Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).
Keputusan itu juga membolehkan PKNP FC terus membuka peluang mereka untuk ke Liga Super, musim depan.
PKNP FC memiliki peluang awal menerusi pemain import, Gilberto Valdenesio Fortunato, pada minit keenam, namun percubaannya dari dalam kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.
Pada minit ke-14, Rodoljub Paunovic, hampir menjaringkan gol pendahuluan buat tuan rumah, bagaimanapun tandukannya selepas menerima hantaran lintang Sabri Sahar sekadar singgah di palang gol lawan.
PKNP FC kemudian berjaya mendahului Sabah menerusi tandukan ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, pada minit ke-22.
Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu hampir menambah jaringan hasil rembatan Gilberto pada minit ke-44, namun kali ini Rozaimie berjaya menyelamatkan gawangnya dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Bermula separuh masa kedua, tuan rumah cuba mencari gol penyamaan dan peluang mereka hadir pada minit ke-49 menerusi rembatan Lee Gil Hoon dari luar kotak penalti, bagaimanapun percubaannya sedikit tersasar.
Pada minit ke-62, rembatan Muhammad Shahrel dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh Rozaimie.
Bagaimanapun, sepakan sudut PKNP FC selepas itu berjaya ditanduk masuk pertahanan import mereka, Ritus Krajauklis, bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Pemain gantian, Rahman Shah Marajeh kemudian merapatkan jurang buat tuan rumah apabila meledak gol pertama pada minit ke-69 hasil satu gerakan solo menarik bagi menjadikan kedudukan 1-2.
Bagaimanapun, Ahmad Sukri Ab Hamid memusnahkan harapan Sabah untuk bangkit apabila menjaringkan gol ketiga PKNP hasil satu tandukan pada minit ke-86.
Kedudukan 3-1 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri, meniupkan wisel penamat.