Skip to main content

Bola Sepak

Sabah harap Gil Hoon boleh beraksi esok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-gil-hoon-230517.jpg
Penyerang baharu Sabah, Lee Gil Hoon, setakat ini masih belum boleh beraksi apabila pasukan itu bakal turun menentang Kuantan FA di Stadium Darulmakmur, malam esok.

Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun berkata mereka masih mempunyai masa sehingga esok bagi melengkapkan perpindahan Gil Hoon.

"Semua proses untuk membolehkan dia bermain hampir selesai, namun kami masih menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada pihak Hong Kong FA.

"Bagaimanapun, kami juga telah bersedia dengan pelan lain sekiranya Gil Hoon masih belum dapat beraksi esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jelius mengesahkan seorang lagi pemain import dari Korea Selatan, Heo Jae-nyeong, bakal membuat penampilan pertamanya bersama Sang Badak, malam esok.

Katanya, Jaenyong kemungkinan bakal mengisi posisi pertahanan yang ditinggalkan pemain dari Croatia, Igor Cerina, yang terpaksa 'menggantung kasut' sehingga tamat musim ini kerana kecederaan teruk.

Dalam perkembangan lain, Jelius berkata pasukannya akan cuba mencatat kemenangan walaupun mungkin hanya akan beraksi dengan dua atau seorang pemain import.

"Sudah pasti kami memburu kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan, sekaligus terus menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

"Kami membawa 18 pemain ke Kuantan, termasuk masing-masing dua daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia, iaitu Fazriel Hanafi serta Evan Wensley Wenceslaus," katanya.

Tambah Jelius, beliau akan mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utamanya ketika bertemu Terengganu baru-baru ini, untuk perlawanan malam esok.

Advertisement

Must Watch Video