Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rummenigge sahkan Boateng berunding dengan PSG

boateng.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, mengesahkan Paris Saint-Germain (PSG) telah menghubungi Jerome Boateng meskipun kedua-dua kelab tersebut masih belum membincangkan secara rasmi kesepakatan bagi masa depan pertahanan itu.  

Pemain antarabangsa Jerman itu memiliki kontrak bersama juara Bundesliga berkenaan sehingga 2021 tetapi kelihatan bersedia untuk meninggalkan Allianz Arena menjelang musim 2019.

PSG, yang kini berada di bawah bimbingan bekas jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel, telah dikaitkan dengan pemain berusia 29 tahun itu yang dipercayai bernilai sekitar €50 juta (RM237.6j) oleh Bayern.

Minggu lalu, pengurus baru Bayern, Niko Kovac, memberi amaran kepada Tuchel bahawa tidak mudah bagi PSG untuk menggoda mana-mana pemain tetapi Rummenigge percaya kelab itu akan dapat mengatasi juara Piala Dunia tersebut. 

"Buat masa ini, tiada langsung perbincangan di antara kelab," katanya. "Tetapi ejennya dan PSG saling berhubung. 

"Kita perlu tunggu dan lihat sama ada kami akan mencapai kesepakatan mengenai perpindahannya. Kami mendapat tanda harga perpindahan yang perlu dipersetujui kedua-dua pihak. 

"Pada dasarnya, kami mempunyai pemain yang cukup di posisi ini walaupun Jerome berhijrah."

Advertisement

Must Watch Video