Pemain pertahanan Pulau Pinang, K. Reuben, ingin memastikan benteng pasukannya lebih kebal bagi menghadapi Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan, malam ini.
Tidak dinafikan kelonggaran di bahagian pertahanan banyak mendatangkan masalah kepada Pulau Pinang sehingga mereka terpaksa bergelut dalam zon penyingkiran.
Walaupun berjaya menumbangkan cabaran Melaka United pada minggu lalu, namun gawang mereka tetap dibolosi dua kali selepas menghadiahkan sepakan penalti buat lawan.
Reuben yang merupakan bekas pemain kebangsaan yakin tiga mata yang cukup berharga menentang Melaka itu mampu menjadi tonik terbaik untuk mengekalkan rentak menjelang aksi bertemu Kedah.
"Jelas ia adalah pencetus semangat buat kami kerana kami sukar meraih mata sebelum ini," kata Rueben.
Dia turut menjelaskan keserasian yang pantas dibentuk dengan tonggak import baru membolehkan skuad Harimau Kumbang tampil dengan aksi lebih kemas dan berdisiplin.
"Setakat ini, semua pemain import baru menunjukkan persefahaman yang tinggi dengan pemain tempatan yang lain dan perkara itu membantu dalam corak permainan pasukan," tambahnya.