Penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester United, Wayne Rooney, berkata cara dia menangani kritikan adalah kunci kepadanya untuk meneruskan kelangsungan dalam menghasilkan rekod baru kariernya.
Sepakan percuma sensasi Ronney ketika berdepan Stoke City, Sabtu lalu, adalah gol ke-250 penyerang itu bersama Red Devils, untuk mengatasi rekod Bobby Charlton.
Ketua pasukan England dan United itu berdepan beberapa cabaran untuk menempatkan diri dalam sejarah berikutan ditugaskan di posisi berbeza oleh Alex Ferguson, termasuk keperluan menyesuaikan diri sebagai pemain gantian di bawah kendalian Jose Mourinho.
Aksi di padang selain kes mabuk ketika dalam tugasan bersama skuad kebangsaan tahun lalu, sering memberi gambaran salah terhadap Rooney, namun pemain yang mencecah usia 31 tahun itu menerima hakikat tumpuan terhadapnya sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
"Ada masa turun dan naik. Saya berasakan kebanyakan kritikan adalah adil -- ia berkaitan bola sepak dan saya memahaminya," kata Rooney yang menerima anugerah daripada Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak kerana pencapaiannya itu.
"Semua orang mempunyai pendapat.
"Saya terpaksa bersemuka dengan kritikan tidak masuk akal.
"Pada ketika itu, ia agak sukar tapi saya perlu menghadapinya. Seperti yang pernah saya katakan, sebaik sahaja anda mengerti ia adalah sebahagian daripada permainan, ia adalah perkara yang perlu anda dihadapi.
"Sebagai pemain muda, anda mungkin tidak memahaminya tapi anda perlu cepat belajar mengenainya dan cara untuk menghadapinya.
"Jika tidak, ia akan memberi kesan dan ia akan menjejaskan persembahan anda."