Cristiano Ronaldo menjelaskan dia tidak dapat memahami mengapa pemain-pemain Juventus, termasuk Gianluigi Buffon, melakukan bantahan selepas Real Madrid diberikan sepakan penalti pada saat-saat akhir yang membawa Los Blancos ke separuh akhir.
Jaringan Ronaldo memadamkan tiga gol Juve hasil dua jaringan Mario Mandzukic dan satu daripada Blaise Matuidi untuk memastikan Madrid menang 4-3 menerusi agregat di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Ketika aksi sebenar bakal diheret ke masa tambahan, pengadil perlawanan, Michael Oliver, menunjukkan isyarat penalti selepas Medhi Benatia menjatuhkan Lucas Vazquez di dalam kotak, sekali gus membuatkan Buffon berang.
Ronaldo mudah menyempurnakan sepakan itu untuk meneruskan prestasi cemerlang mencatat jaringan dalam kesemua aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini dalam penampilan ke-150 kejohanan.
Selepas meraih gol ke-120 peribadi di pentas terbesar Eropah itu, Ronaldo menyatakan rasa pelik terhadap reaksi pemain-pemain Juve.
"Saya tidak pasti mengapa mereka melakukan bantahan," kata Ronaldo.
"Mereka melakukan kekasaran terhadap Vazquez dari belakang dan jika mereka tidak melakukannya, ia pasti berakhir dengan jaringan.
"Jantung saya berdegup laju tetapi saya kekal tenang. Kami telah bergelut, belajar dan ia sangat berbaloi dijadikan pengajaran.
"Dalam bola sepak, tiada apa yang pasti sehingga habis berjuang apabila tamat permainan. Hari ini, Madrid mampu mencatat banyak gol tetapi Juve dan Buffon beraksi sangat hebat. Kami cuma seorang pemenang."