Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo tidak dibawa ke United untuk panaskan bangku simpanan -- Solskjaer

ronaldo.jpg
Ole Gunnar Solskjaer tidak akan menolak pemain Manchester United akan berhijrah setelah kepulangan Cristiano Ronaldo, dengan mengatakan bintang Portugal itu 'tidak ditandatangani untuk duduk di bangku simpanan'.

The Red Devils mengumumkan Jumaat lalu bahawa mereka telah bersetuju dengan Juventus untuk membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford.

Ia tidak dapat disempurnakan sebelum United bertemu Wolves semalam, kemenangan yang memihak The Red Devils menerusi jaringan Mason Greenwood pada minit ke-80 sekaligus menyaksikan skuad kendalian Solskjaer melakar rekod baru -- 28 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan.

Dengan rehat antarabangsa sudah bermula, peluang pertama Ronaldo beraksi sejak berhijrah pada 2009 adalah berdepan Newcastle United di Old Trafford pada 11 September.

Solskjaer, yang mengesahkan di Sky Sports bahawa dia mahu menurunkan Ronaldo lebih kerap sebagai penyerang berbanding pemain sayap, berharap penambahan baru itu akan sedia secepat mungkin setelah perjanjian itu diselesaikan dan kembali darpiada tugasan bersama Portugal.
 
"Kami perlu ia diselesaikan secepat mungkin. Diharap segalanya berjalan lancar," kata Solskjaer.

"Dia ketika ini bersama Portugal, saya berasakan mereka memiliki tiga perlawanan sebelum kembali bersama Manchester bersama Bruno [Fernandes] dan dan semoga dia terlibat dengan pasukan secepat mungkin."

Kehadiran Ronaldo bermakna barisan pemain penyerang United dijangka akan dilepaskan sebelum berakhirnya jendela perpindahan kali ini.

Amad Diallo hampir melengkapkan pinjaman ke Feyenoord, walaupun kecederaan dilaporkan boleh melumpuhkan perpindahan itu, sementara Jesse Lingard dan Dan James turut dikaitkan dengan perpindahan.

"Semestinya, dia [Ronaldo] tidak dibawa masuk untuk memanaskan bangku simpanan," kata Solskjaer. "Dia akan membuatkan pasukan ini menjadi lebih baik, semestinya.

"Terdapat beberapa pertanyaan untuk sebilangan pemain kami dan dengan kehadiran Cristiano, kami mungkin memberi masa bermain yang lebih sedikit kepada beberapa pemain.

"Dan masih lagi pemain Man United buat masa ini."

Advertisement

Must Watch Video