Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo terkesima dengan jaringannya

cristiano-ronaldo-cropped_1fxmx0ot48l861advx1zwk2pe1_1.jpg
Sepakan gunting Cristiano Ronaldo merupakan sesuatu yang di luar jangkaannya selepas membantu Real Madrid menewaskan Juventus 3-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL).

Ia merupakan pertunjukan Ronaldo di Turin, di mana pemain kebangsaan Portugal itu meledak dua gol untuk membantu Real meraih kemenangan 3-0 ke atas Juventus di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Ronaldo membuka jaringan dalam tempoh tiga minit perlawanan tetapi pemenang Ballon d'Or lima kali itu menantikan saat terbaik untuk jaringan kedua.

Ia merupakan saat yang penuh magis pada minit ke-64 apabila sepakan guntingnya membuat Gianluigi Buffon terpaku dan penyokong Juve berdiri sebagai tanda hormat sebelum Marcelo menyempurnakan kemenangan Real.

<blockquote class="twitter-video" data-lang="en"><p lang="en" dir="ltr">This is absolutely unreal from Ronaldo! <a href="https://t.co/VFtPVlJwep">pic.twitter.com/VFtPVlJwep</a></p>&mdash; True Soccer Life ⚽️ (@TrueSccrLife) <a href="https://twitter.com/TrueSccrLife/status/981280404266209280?ref_src=twsrc%5Etfw">April 3, 2018</a></blockquote>
<script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Ronaldo, pemain pertama dalam sejarah UCL menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut, terkejut dengan jaringan yang telah dihasilkan.

"Gol yang cantik, apa yang mampu saya katakan, ia menakjubkan.

"Saya tidak jangka mampu menjaringkan gol tersebu, tetapi mari bercakap mengenai perlawanan ini.

"Saya berasakan ini merupakan perlawanan yang sangat baik. Kami mencipta tiga gol ke atas Juve -- sebuah pasukan yang berkualiti.

"Kami bermain dengan baik dan saya sangat gembira. Saya membantu pasukan dengan dua gol."

Dua gol tersebut menyaksikan Ronaldo telah meledak 39 gol dalam semua kejohanan buat Real musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video