Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo 'sangat gembira' di Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchester-united-v-burnley_1.jpg
Cristiano Ronaldo "sangat gembira" di Manchester United walaupun terdapat laporan tentang kekurangan keserasian di bilik persalinan Red Devils, menurut ejen pemain itu Jorge Mendes.

Ronaldo menamatkan khidmat tiga tahun dengan Juventus untuk kembali ke Old Trafford dan sejak itu telah menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk mengetuai carta gol Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Pada hari Khamis, pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan satu dan membantu satu lagi dalam kemenangan 3-1 Liga Perdana ke atas Burnley -- penyerang itu mencatatkan dua angka untuk penglibatan gol untuk musim liga ke-17 berturut-turut.

Kemenangan itu telah melonjakkan United ke tangga keenam dalam liga di tengah-tengah spekulasi bahawa terdapat kekurangan kesatuan dalam bilik persalinan, tetapi Mendes yakin bahawa Ronaldo telah kembali sepenuhnya di Manchester..

“Cristiano sangat gembira di Manchester United,” kata Mendes kepada Sky Italia.

“Dia akan meneruskan persembahan mantap dan hebat, seperti yang selalu dilakukannya dalam kariernya.

"Ia akan menjadi musim yang hebat untuknya. Saya pasti."
 

 

Advertisement

Must Watch Video