Cristiano Ronaldo berterima kasih kepada Real Madrid selepas mengharungi tempoh sembilan tahun yang mengagumkan di kelab itu sambil mendedahkan sudah tiba masa untuk dia memulakan cabaran baru dalam kariernya bersama Juventus.
Real mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan ia telah menerima permintaan Ronaldo untuk berpindah ke Itali menerusi yuran perpindahan berjumlah EUR105 juta (RM496 juta).
Walaupun Juve hanya mengesahkan berita beberapa jam kemudian, pemenang Ballon d'Or lima kali itu menerangkan mengenai penghijrahannya dalam satu surat terbuka yang dipaparkan dalam laman web rasmi Real.
"Beberapa tahun bersama Real Madrid di kota Madrid, ia adalah detik paling gembira dalam hidup saya," katanya.
"Saya hanya berasa berbesar hati buat kelab ini, di atas hobi dan bandar ini. Saya berterima kasih kepada mereka di atas kasih sayang yang telah saya terima.
"Bagaimanapun, saya percaya sudah tiba masa untuk melangkah ke pentas baru dalam hidup dan sebab itu saya meminta kelab untuk menerima perpindahan saya. Saya rasa sebegitu dan meminta semua orang, terutama penyokong kami, agar memahami saya.
"Sembilan tahun adalah tempoh yang gemilang dan unik. Ia sentiasa menggembirakan saya tetapi tetap sukar kerana Real Madrid menuntut segala-galanya daripada anda. Namun, saya yakin saya tidak akan melupakan nikmat bola sepak di sini.
"Real Madrid telah menawan hati saya, seluruh keluarga saya. Jadi, saya mahu berterima kasih kepada kelab, presiden, pengarah, rakan sepasukan, doktor pasukan, ahli fisioterapi, juruteknik serta semua pekerja yang hebat selepas menjadikannya satu realiti," tambahnya.
Ronaldo menjadi pemain termahal dunia sewaktu menyertai Real Madrid dari Manchester United pada 2009 sebelum meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Los Blancos.
Pemain Portugal itu menegaskan bahawa dia tidak akan melupakan detik di Sepanyol.
"Ia memberi kesan besar kepada saya dan saya tahu sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baru.
"Saya meninggalkan jersi, lambang dan Santiago Bernabeu tetapi ia akan kekal dalam diri saya.
"Terima kasih kepada semua dan sudah pasti, seperti apa yang saya katakan sewaktu tiba ke stadium ini buat kali pertama sembilan tahun lalu, Hala Madrid!"