Bekas penyerang kebangsaan Brazil, Ronaldo, menyifatkan Neymar tidak perlu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk memenangi Ballon d'Or.
Neymar mempamerkan aksi cemerlang sejak tiba sebagai pemain termahal dunia, dengan PSG membayar EURO222 juta (RM1.1 bilion) kepada Barcelona pada Ogos lalu. Sejak itu, Neymar telah meledak 18 gol dan meletakkan pasukannya di persada Ligue 1.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mencadangkan Neymar tidak akan memenangi Ballon d'Or jika kekal di PSG, dengan penyandang juara Liga Juara-Juara (UCL) itu terus dikaitkan dengan penyerang itu.
Ronaldo -- pemenang Ballon d'Or pada 1997 dan 2002 -- percaya Neymar tidak perlu mentinggalkan PSG, yang bakal berdepan Real dalam aksi pusingan kedua UCL.
"Dia mempunyai segala-galanya untuk memenangi Ballon d'Or di Paris," kata Ronaldo.
"Terdapat kelab yang saya mahu beraksi. Salah satunya adalah PSG.
"Saya telah datang beberapa kali ke Paris. Mereka mempunyai bandar yang menarik tetapi saya tidak berpeluang beraksi di sana.
"Saya tidak pernah diberikan tawaran. Saya telah beraksi dengan kelab-kelab ternama di Eropah tetapi karier saya hanya membawa saya ke Itali, Sepanyol dan Belanda," katanya.
Real akan berusaha untuk mengekang Kylian Mbappe dan Neymar dalam aksi UCL nanti dan Ronaldo berkata pemain kebangsaan Perancis itu mengingatkan kepada dirinya.
"Dia kelihatan seperti saya," tambah Ronaldo.