Cristiano Ronaldo menggesa penyokong Real Madrid agar memberikan "sokongan tanpa syarat' mereka kepada pasukan ketika Paris Saint-Germain (PSG) berkunjung keSantiago Bernabeu untuk pertembungan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.
Madrid berdepan cabaran sukar untuk meraih gelaran Eropah ketiga berturut-turut apabila berdepan peneraju Ligue 1 itu yang dibimbing Unai Emery.
Skuad Zinedine Zidane itu kini hilang kekuatan untuk mempertahankan gelaran LaLiga, yang menyebabkan suasana negatif terhadap prestasi mereka, dengan penyerang kelahiran Perancis, Karim Benzema, menjadi sasaran terbaru yang mendapat kecaman peminat.
Walaupun muncul penjaring terbanyak Madrid dan memenangi Ballon d'Or lima kali, Ronaldo juga pernah merasai situasi diejek peminat dan menegaskan kini tiada masa untuk sentimen seperti itu apabila pasukannya mahu mengekang bintang PSG, Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani.
"Pada Khamis (esok), kami mempunyai perlawanan sangat penting menentang pasukan hebat," kata pemain berusia 33 tahun itu dalam mesej video yang disiarkan di laman Twitter kelab itu.
"Apa yang saya dan pasukan minta adalah sokongan tidak bersyarat anda dan bersama-sama kita akan menjadi lebih kuat," katanya.