Harry Kane melihat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai pemangkinnya untuk menampilkan aksi cemerlang walaupun dua pemain bertaraf bintang itu gagal meneruskan cabaran dalam Piala Dunia.
Messi dan Ronaldo tersingkir dalam pusingan 16, dengan Argentina tewas 4-3 kepada Perancis sebelum Portugal disingkirkan Uruguay menerusi keputusan 2-1.
Kane mara ke suku akhir bersama England ketika menyingkirkan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti.
The Three Lions akan berdepan Sweden di Samara dan Kane menegaskan pemenang Ballon d'Or sejak 10 tahun yang lalu berkenaan adalah motivasinya untuk mempamerkan aksi cemerlang.
"Ronaldo dan Messi, anda tidak boleh mengetepikan mereka. Walaupun mereka telah tersingkir daripada kejohanan, mereka masih lagi pemain terbaik dunia," kata Kane.
"Buat saya, mereka adalah pencetus inspirasi.
"Jadi, saya sangat gembira apabila mara ke suku akhir dan saya mahu terus mempamerkan aksi cemerlang dan mencapai kejayaan yang sama seperti mereka.
Pengendali England, Gareth Southgate, ditanya sama ada beliau memiliki pasukan yang berbakat, termasuk Kane yang mula menyerlah.
"Saya berasakan dunia sentiasa berubah, pasukan ini telah berkembang menjadi lebih efektif beraksi di pentas antarabangsa," kata Southgate.
"Kane merupakan seorang yang pemain yang berkualiti dan menjaringkan gol di pentas tertinggi adalah satu pencapaian yang besar."